Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
Semoga
Allah memberi kekuatan untuk menghasilkan entri kali ini. Rasanya
mungkin berpart-part dan harap-harap mood malas tu pergi main jauh-jauh.
Sebelum kejadian semangat nak mengupdate bukan main membuak-buak tapi
bila sampai masa macam tak bernafsu pulak..aisehhh. Jadi, mari kita
lawan anasir-anasir jahat ni nanti bila kerja datang bertimbun baru
rajin nak update. Itu semua bisikan syaiton. Lepas tu nanti kalau
tangguh-tangguh semua info akan lupa.
Okaylah,
kali ni pembaca sekalian mesti muak nak membaca story yg nak di 'up'
kan ni. Agak panjang berjela. Mahap kalau berdarah hidung berasap
telinga. Kalau malas skip je lah tunggu update entri genre lain baru
baca..hihi. 2 April 2013 sehingga 7 April 2013 baru-baru ni termakbullah
hasratku nak ke negara K-PoP setelah berbulan lama memasang niat.
Ecehhh baru bulan je bukan makan tahun lagi.
Tiket
flight dah dibeli semenjak bulan 11 tahun 2012. Beli awal tapi mahal
jugak. Sabar jelah. Berapa? RM3000++ untuk 2 orang pergi balik. Mahal
bukan?. Tapi disebabkan 'selok' punya pasal maka tutup mata saja bayar
harga tiket tu. Sekali lepas tu Air Asia ada buat promo lebih murah
lagi. Jahat! Jahatnya kamu!.
Macam
mana boleh pergi honeymoon kali ni? Mr. husband berkata dia nak bagi
hadiah birthday dan hadiahnya adalah jalan-jalan ke oversea. Bukan main
suka makcik. Dah namanya kaki travel, so jadi macam orang mengantuk
disorongkan bantal lah. Lepas tu kena simbah air sebab tak abis-abis nak
berangan. Dahlah panjang sangatlah merepek. Info sikit pun tak ada. Jom
kita ke itinerary yang sebenar.
Destinasi: Seoul, Korea SelatanTarikh: 2 April 2013 - 7 April 2013Musim: Spring (March-May) - ada cherry blossom sikit-sikit
Suhu: average 10 °C (berubah-ubah antara 5°C - 11°C)
Penginapan : Namsan 2 Guesthouse (Myeongdong)
Pengangkutan: Air Asia X D7 0506
Kenapa pilih Korea? Sebab Oppa Gangnam Style kot...hahahah takde kaitan!
Kitorang bertolak ke KL hari ahad dan stay satu malam kat rumah kakak ipar di Wangsa Melawati. Sebelum tu dah tukar duit Malaysia ke Korea Won sebanyak RM5500. Teka dapat berapa? Dapat dalam 1, 600, 000 won ++ kalau tak silap. Mahal jugak tukar currency rate masa tu 2.9. Lepas tu pagi isnin tu baru terhegeh-hegeh nak beli makanan yang nak dibawak ke sana. Takut tak jumpa makanan halal punya pasal. Kitorang borong maggie hot cup, rendang ayam dalam tin, coklat dengan mushroom soup instant.
Kitorang bertolak ke KL hari ahad dan stay satu malam kat rumah kakak ipar di Wangsa Melawati. Sebelum tu dah tukar duit Malaysia ke Korea Won sebanyak RM5500. Teka dapat berapa? Dapat dalam 1, 600, 000 won ++ kalau tak silap. Mahal jugak tukar currency rate masa tu 2.9. Lepas tu pagi isnin tu baru terhegeh-hegeh nak beli makanan yang nak dibawak ke sana. Takut tak jumpa makanan halal punya pasal. Kitorang borong maggie hot cup, rendang ayam dalam tin, coklat dengan mushroom soup instant.
Malam
tu lepas magrib dan selesai menonton drama Rindu bertamu di Abu Dhabi
kitorang terus bergegas ke KL Sentral. Terus amik teksi dari Wangsa
Melawati dan kena caj RM22. Masa tu rasa macam dah lambat dan tak sempat
dah nak naik train lebih-lebih lagi nak mengangkut 1 luggage besar
dengan berat 16 kg dan 1 backpack. Sampai di KL Sentral macam biasa naik
bas RM8 tu untuk ke LCCT. Sampailah kami di LCCT lebih kurang jam 10
malam. Ada lagi 2 jam lebih nak masuk gate so kitorang pergi mencekik
McD dulu. Tak memasal makan McD bila nak travel. Adeh!
Dah
siap-siap makan terus ke mesin self-check in sebab boarding pass belum
print lagi. Ramai pulak yang nak mintak tolong printkan boarding pass
diorang kat situ. Dah rasa macam staff Air Asia pulak..hahahaha. Patut
kena bagi gaji ni. Then, lepas tu ke kaunter baggage drop. Berat beg
masih dalam had limit. Tapi balik karang tak tau lah macam mana kan.
Kita tengok nanti. Visa pun tak perlu tak macam pergi ke Australia yang
memerlukan visa. Lepas dah settle semua, kami pun mulalah melangkah
masuk ke gate. Masa ni perasaan dah start nervous dah. Tapi tak seteruk
masa nak ke Gold Coast dulu. Maybe sebab dah ada pengalamankan.
Pengalaman mengajar kita..eceh!
Pukul
12.20 malam kitorang dah masuk ke dalam gate T16. Flight akan berlepas
pada pukul 1 pagi. Masa tu nampak ada jugak beberapa orang Malaysia nak
ke Seoul. Selebihnya macam rakyat Korea je. Dalam flight macam
biasalahkan tak boleh nak tidur sangat sebab seat yang macam tu.
Perjalanan pulak amik masa 6 jam. Sekejap tidur sekejap jaga. Husband
dah selamat melantak Nasi Lemak Pak Nasser tapi saya tak makan sebab tak
ada selera nak makan pukul 2-3 pagi. Cadangnya dah sampai airport nanti
baru makan. Lepas tu nak kena isi declaration form pulak. Ingat bawak
pen siap-siap.
Tepat
jam 8.03 pagi waktu Seoul hari selasa 2 april 2013 selamatlah kami
mendarat di Incheon International Airport buat pertama kalinya. Kalau di
Malaysia pukul 7.03 pagi. Waktu kat sana awal sejam dari Malaysia. Masa
tu muka sememeh gila baru bangun tidur. Nak claim baggage kena ke
tempat lain dan naik train. Jauh betul. Jenuh nak jumpa pintu keluar.
Masa check-in kat kaunter imigresen Korea tu kena pulak amik gambar. Dah
la muka macam bibik..tak sior orang tengok..hihi.
Settle
claim baggage semua maka misi pun bermula. Pertama nak cari toilet nak
basuh muka. Nak cari toilet kat airport yang ada shower memang tak
jumpalah kan. So gosok gigi, cuci muka dan tepek mekap sikit-sikit.
Bukan orang tau pun tak mandi. Spray perfume banyak-banyak. Toilet as
usual tak ada hose means tak ada air. Pandai-pandai la pergi cedok air
kat sinki luar lepas tu cuci muka kat dalam toilet. Nak cuci muka kat
sinki luar macam agak segan sedikit.
Dah
wangi-wangi kita teruskan misi ke dua iaitu nak beli T-Money. Ala yang
macam Touch n Go tu. Nanti nak naik train naik bas senang touch aje kad
itu. Kad tu harganya (2500 won) harga kad sahaja dan isinya 0. Kitorang
reload 30,000 won seorang. Ada jual kat 7 Eleven, SG Mart, Family Mart
atau mana-mana convenience store yang ada lambang T-Money. Kredit kat
dalam kad tu boleh direfund semula kalau tak abes guna.
Ooo ya cara nak convert KRW ke MYR senang je contoh kalau 30,000 won buang 3 kosong kat belakang dan darab nombor yang tinggal dengan 3. Jadi 30,000 won = RM90. Menyusahkan je kan ada banyak-banyak kosong kat belakang tu.
T-Money - ihsan google |
Ooo ya cara nak convert KRW ke MYR senang je contoh kalau 30,000 won buang 3 kosong kat belakang dan darab nombor yang tinggal dengan 3. Jadi 30,000 won = RM90. Menyusahkan je kan ada banyak-banyak kosong kat belakang tu.
Misi
ke tiga pulak nak cari tempat simpan barang. Kami ke tingkat 3 dan
menghala ke kaunter A. Kat situ akan nampak tempat simpan barang yang
bernama Hanjin Express di bahagian belakang. Sebab apa simpan barang kat
situ? Sebab dekat dengan pintu keluar nak naik bas ke Full House.
Kitorang simpan baggage dengan backpack. Harga yang dikenakan 11,000
won.
Destinasi pertama - Full House
Fuhh
selesai! Seterusnya nak cari bas pulak. Masa keluar dari pintu airport
tu barulah terasa kedinginannya. Phewww berasap mulut u ollss. Jakun 3
saat. Kat Gold Coast dulu pun tak pernah keluar asap kat mulut. Sejuk
giler! Menyesal tak bawak coat tebal. Yang bawak hanyalah jaket picisan
saja.
Jalan-jalan
sikit nampak signboard tulis nombor bas. Kita nak naik bas no. 202
(1,000 won) untuk ke Full House. Tapi bas ni bukan direct ke Full House
kita kena transit di Unseo Station dulu.
senang dalam english pun ada |
Haaa..nampak
signboard macam ni luar pintu airport tunggu je bas kat situ tak berapa
lama bas pun sampai. Masa nak naik tu tanya dulu kat driver bas tu.
"Ahjussi, Unseo Station?" (sebutan Onsho)
Kalau
dia cakap "Dae" atau angguk maknanya betullah tu. Bermulalah touch
T-Money tadi tu ya. Naik bas dalam 20 minit lepas tu kita akan sampai
kat Unseo Station. Jangan risau terlepas ke apa sebab dalam bas tu nanti
akan ada announcement tempat-tempat yang dia berhenti. So, lepas dah
turun bas tu seberang jalan arah bertentangan akan nampak kedai ni Shut
Up and Take Coffee.
sejuk giler kat kawasan ni macam nak demam pun ada |
Tunggu
bas betul-betul kat depan kedai ni. Lebih kurang kat pokok tu la...hihi
nanti bas 221-1 (1239) akan datang. Sejuk giler time ni. Kedai-kedai
semua pun belum bukak lagi. Lepas tu datanglah bas 221-1 (1,000 won) tu
lega dapat masuk bas. Kurang sikit sejuk. Kita akan menuju ke Sammock
Jetty pulak.
kat sini lagi sejuk giler macam nak pengsan! |
Bila nampak je
kawasan macam ni terus turun kat sini dan pergi terus kat ferri kalau
ferri dah sampailah. Kalau ferri belum sampai tunggu dulu dalam bangunan
putih tu. Kawasan kat sini memang sejuk gila-gila. Maybe sebab pulau
kot. Kitorang naik ferri pukul 11.10 pagi. Ferri ni akan datang sejam
sekali kot kalau tak salah.
ferri mai dah |
masa ni terketar-ketar kesejukan |
Masuk
je ke dalam ferri tu pergi tingkat atas tak perlu sibuk nak beli tiket
ke apa. Balik karang baru bayar tambang. Ferri ni bawak kereta sekali
macam ferri kat Pulau Pinang. Kat dalam tu ramai giler ahjumma dan
ahjussi nak pergi ke Sido Island nak hiking ke apa tak tau lah. Memasing
bawak tongkat macam nak hiking tu. Dasyat umur dah lanjut pun masih
bertenaga.
Ferri
ni akan pergi ke tiga pulau kalau tak silap Sido Island, Sindo Island
dan lagi satu tu apa ya lupa pulak. Tapi yang kita nak pergi ni Sido
Island pit stop yang pertama. Perjalanan lebih kurang 10 minit saja. Tak
jauh mana pun. So, bila ferri berhenti kat pit stop pertama terus
turun.
Sesampai
saja di Sido Island kita akan nampak bas di perkarangan parking. Tanya
driver bas tu ke Full House tak. Kalau dia angguk..naik. Tambang 1,000
won tak payah susah-susah touch je T-Money.
Jauh jugak dari jeti tu nak ke rumah Full House. Sangat-sangat mencabar.
Kesimpulannya, dari Incheon Airport nak ke Fullhouse:
Kesimpulannya, dari Incheon Airport nak ke Fullhouse:
Naik bas 202 di tingkat 3 airport ---> Unseo Station (15 minit) ---> seberang jalan nampak kedai Shut Up & Take Coffee ---> naik bas 221-1 (1239) (10 minit) depan kedai tu ---> Sammock Jetty ---> naik feri (10 minit) ---> naik bas ke Fullhouse (15 minit) ---> jalan kaki atau naik basikal (15 minit)
Lepas tu driver bas tu turunkan kitorang kat tempat ni.
tengok landmark ni terus masuk ikut jalan tu |
Mula-mula
kitorang ingat nak sewa basikal tapi bila tengok driver tu berhentikan
kitorang kat kawasan ni macam jauh pulak dengan tempat sewa basikal.
Lepas tu dia tunjuk suruh masuk ke jalan ni. Kawasan Sido Island ni
sunyi giler. Macam tak ada orang. Payah betul nak jumpa orang. Terpencil
sangat. Kedai-kedai pun semua tutup.
Jalan punya jalan punya jalan sampailah kitorang kat signboard ni.
lega bila dah nampak signboard |
Lepas tu nampak rumah ni. Fuhhhh seronok akhirnya sampai jugak. Belok ke kiri dalam 200 meter je terus nampak rumah Full House!!
masuk je simpang terus nampak |
Tetapi
yang amat mendukacitakan ialah tempat ni tutup! Ya tutup!! Penat-penat
datang dari jauh naik bas pastu naik ferri lepas tu naik bas balik lepas
tu jalan kaki sekali tutup daa...Kecewa di situ. Tapi tak apalah at
least dapat jugak jejakkan kaki kat sini. Bergambar kat luar rumah pun
okay apa. * ayat nak sedapkan hati*.
kechewaaa!!! |
Sapelahkan
nak duduk kat booth ni sepanjang hari dahlah sunyi sepi sejuk pulak tu.
Lagipun drama Full House ni dah lama lebih kurang 8 tahun yang lalu.
Kalau masih baru mesti hot lagi rumah ni. Rasa macam dah tak dibukak
lagi je tempat ni. Rumah pun dah buruk dan tak terjaga. Tapi untuk info
tempat ni bukak setiap hari dan harga tiket 5,000 won.
kat sekitar belakang rumah yang menghadap laut |
nak jugak macam han ji eun dan lee young jae huhu |
aaa...sama tak? kikiki |
bukit tu tempat yang ji-eun selalu lalu |
uu..chak..dapat jumpa ji eun dengan young jae u ollss..kekeke |
tak dapat masuk bergambar kat luar je la |
sampai dah buruk dah menda ni |
posing style korea wajib buat! |
Cukuplahkan
dapat amik gambar kawasan luar pun jadilah. Merasa jugak. Lebih kurang
setengah jam je kitorang duduk buang masa kat Full House. Nak sampai
bukan main lama. Kalau bukak maybe lama sikit kot kat situ. Lepas tu
kitorang terus jalan kaki balik semula kat tempat driver bas turunkan
kitorang tadi. Tapi rasa macam pelik semacam ada ke bas lalu kawasan
sini. Dah la takde orang. So, kitorang amik keputusan untuk jalan kaki
sampai ke depan sikit. Mana tau kat depan sana ada bas.
batu kuning ni familiar dalam drama fullhouse hihi |
basikal ada tapi nampak gaya kedai macam tutup je |
Jalan,
jalan dan terus berjalan tak ada jugak bas dah 1km rasanya. Lepas tu
nampak satu bus stop dekat-dekat dengan church kaler oren. Kitorang
tunggu situ. Mungkin bas sampai jap lagi. Lepas tu nampak sorang ahjumma
tertonggeng-tonggeng kat sawah padi depan bas stop tu. Tengah anu padi
agaknya. Tapi padinya pun nampak gersang je. Macam kawasan kemarau. Dia
nampak kitorang duduk kat bus stop tu dia terus datang.
Ntah
apa-apa yang dia cakap kat kitorang sepatah pun tak paham. Cakap dalam
bahasa dia la. Dia tunjuk jadual bas kat board kat bus stop tu. Dia
tunjuk kat board tu macam bas akan datang pukul 2 lebih. Tunjuk dengan
sabit pulak tu seriau gua. Lepas tu tengok jam kat tangan baru nak pukul
12. Aiseyy lambat lagi nak tunggu pukul 2. Kitorang amik keputusan nak
sambung jalan sampai ke jeti. Mampu? Dalam 3km lebih lagi kot huhu.
Lepas
tu sambung jalan sampai kat kawasan yang 'berpenghuni' sikit ada satu
kereta ni berhenti kat tepi kitorang. Dia ajak naik. Rupa-rupanya
ahjussi driver bas tadi. Kuikuikui dia kata waktu tu tengah lunch hour
so tak ada bas. Dialah yang hantar kitorang ke jeti. Lega sangat. Allah
permudahkan urusan kami. Kalau tak tercabut kaki nak boleh sampai ke
jeti. Baru first day dah jalan banyak dah.
Sampai
kat jeti barulah beli tiket untuk balik 4,000 won seorang. Kitorang
naik feri pukul 12.30. Masa tu nampak ada orang Malaysia pulak yang baru
sampai kat situ. Mesti nak ke Fullhouse jugak...hehehe.
Okay
untuk balik bila sampai kat tempat mula-mula naik feri tadi terus jalan
ke bus stop kat tepi tu. Naik semula bas 221-1 (1239) ke Unseo Station.
Lepas tu sampai depan kedai Shut Up & Take Coffee depan Unseo
Station naik bas 202 ke Incheon Aiport. Selesai. Nampak leceh tapi
sebenarnya senang je nak pergi Full House ni.
Summary:
Naik bas berdekatan church warna oren ---> naik ferri ke sammock dock ---> naik bas 221-1 (1239) ke Unseo Station ---> naik bas 202 ke Incheon airport
Tiba
saja di airport perut dah mula mainkan irama dangdut. Mana taknya
dengan cuaca sejuknya. Berjalan berkilo-kilo meternya memang patutlah ia
mintak diisi. So, dengan selambernya duduk kat seat dalam airport tu
sambil menikmati nasi lemak pak nasser. Kenyang alhamdulillah. Then,
kitorang pergi amik semula beg kat Hanjin Express.
Turun
ke tingkat 1 dan keluar Exit 5 pergi ke sebelah kanan dan nampak
signboard bas 6015 ke Sejong Hotel (Myeongdong). Kitorang cadang nak
naik bas je untuk ke guesthouse sebab badan dah penat sangat. Malas nak
transfer-transfer train. Untuk ke Myeongdong kita akan stop di last stop
iaitu Sejong Hotel. Jangan risau ada announcement bila dah sampai
nanti. Tambang bas 10,000 won seorang bayar cash.
No comments :
Post a Comment