Wednesday, April 17, 2013

Honeymoon ke Seoul, South Korea - Day 1 Part 2 - Namsan 2 Guesthouse & Myeongdong

Bersambung dari Day 1 Part 1. Sorry lambat sikit sambung sebab macam-macam hal berlaku..ishhh. Okay let's continue..

Sempat la jugak tertidur kejap dalam bas. Perjalanan amik masa lebih kurang sejam. Lepas tu bila dah turun kat Sejong Hotel kitorang blur tak tau nak tuju ke arah mana untuk ke guesthouse. Sesat barat jadinya hehehe. Untuk memudahkan anda-anda semua direction ke Namsan 2 Guesthouse ialah lintas jalan depan Sejong Hotel lepas tu nampak Prince Hotel belok kiri, jalan sikit nampak Pacific Hotel pulak masuk cabang kanan bukan cabang kiri macam kitorang masuk cabang kiri patutlah tak jumpa-jumpa. Jumpa kolej pulak. Jalan sikit dalam beberapa meter terus nampak Namsan 2 Guesthouse belah kiri. Dekat 15 minit jugak jalan kaki.

kat situ kau rupanya!

Sampai kat registration kaunter kitorang terus check-in dan dapat bilik 206. Total bermalam untuk 5 hari ialah 300,000 won (RM900). Bayar cash time nak check-in tu. Kitorang amik bilik Twin A which is untuk dua orang 60,000 won satu malam. Kalau duduk hotel lagi mahal ni. Bagi kitorang yang kurang mampu ni duduk guesthouse pun dah okay. Walaupun kecik tapi selesa. Lagi pun bukan nak duduk bilik sepanjang hari kan. Honeymoon kali ni lebih kepada nak berjalan-jalan bukan nak romantik-romantik dalam bilik..hiks.

ada tv

tidur atas lantai yooo
ada heater
Macam mana nak book? Boleh ke website ni. Isi je form kat situ nanti dia akan reply. Oppa kat situ pun baik. Selalu je hantar email tanya jadi tak trip ke Seoul? Dah balik pun dia masih email lagi tanya macam mana trip aritu best ke tak? Heheh concern sungguh. Bilik ni ada free Wifi, TV, air-cond (tapi takde remote caner nak on?) tilam tak ada katil, tuala, ubat gigi (baik bawak sendiri takut tak halal), shampu, sabun, water heater dan lantai suam (Ondol system Korea). Hehehe lantai suam boleh? 

Lepas tu kat tingkat bawah ada kitchen, laundry, internet service dan free breakfast setiap pagi. Kat tempat register pulak ada penimbang berat. So, boleh timbang beg kat situ dulu sebelum balik. Ramai orang Malaysia yang stay kat sini. Kenapa pilih sini? Sebab dia dekat dengan Namsan Seoul Tower dan Myeongdong Shopping Street. Semuanya walking distance sahaja. Dan yang paling penting dekat dengan subway Myeongdong. Dalam 300 meter gitu je. Kalau jalan naik atas bukit sikit akan jumpa Namsan 1 Guesthouse pulak.

Okay malam tu dalam pukul 8.30 macam tu kitorang keluar semula nak cari makan. Kitorang terus menuju ke Myeongdong Shopping Street. Kat situ ada macam-macam kedai shopping antaranya SPAO, UNIQLO, ARITAUM, TONY MOLY, HOLIKA HOLIKA, NATURE REPUBLIC, ETUDE HOUSE dan banyak lagi. Kedai dia bukan satu tapi berbranch-branch. Banyak giler tak larat nak pergi semua.

setiap masa ramai giler orang

Misi kali ni nak dinner belum nak shopping lagi. Kitorang nak cari kedai Octopus yang orang kata boleh makan tu. Sebab baca kat beberapa blog ramai orang Malaysia yang makan kat kedai octopus ni. Pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak. Banyak sangat lorong tak tau nak cakap lorong yang mana satu.

atas kedai ArtBox tu la kedai octopus tu

Bila masuk kat dalam tu tengok menu, mak aiii macam tak boleh makan je semua ni. Macam mana orang Islam Malaysia boleh makan kat sini eh? Musykil. Tengok menu dia octopus set with beef, octopus set with pork. Aiyaiyai kalau beef mesti tak sembelih kan. Kalau pork pulak tentu-tentunya haram. Kitorang nak keluar balik macam segan pulak. So, tawakal jelah tengok menu lain yang tiada keraguan. Nampak cold noodle mee dengan fried squid. Ermmm belasah je lah. Tah macam mana rupa dia tak tau.


menanti menu yang macam mana rupa dia agaknya
heheheh sekali mee dengan ais daa..dah macam abc pulok

fried squid ni sedap dan banyak giler! tapi macam mana combination makan dengan cold noodle eh?

cara nak makan gaul-gaul dengan gunting tu

Kitorang mintak tambah nasi 2 mangkuk. Air pulak dapat free untuk plain water. So, total makan malam tu 13,800 won. Rasa cold noodle tu? Ermm tak boleh telan. Mee makan dengan ais blend macam abc tu. Pepelik. Dah la cuaca sejuk makan mee sejuk. Nak sup panas jugak. Hehehehe dah nama pun tekak Malaysia takleh wat apala kalau dah 'darat' sangat kan. Heee maafkan saya rakyat Korea :D. Tekak saya tak boleh terima makanan cenggitu. Dalam cold noodle tu macam ada sambal kimchi, sayur ngan telur kot. Lepas tu side dishes dia jeruk apa tah warna putih. Yang fried squid tu boleh tahan. Mee tu tak habis pun. Cannot go.

Selesai makan kitorang jalan-jalan kat street tu lagi. Tujuan nak cari kasut sebab kasut yang tengah pakai tu macam tak sesuai nak jalan sejuk-sejuk ni. Lepas tu pulak memang dah niat nak cari boot kat sini. Huhu. So, hasil tangkapan adalah sepasang boot yang dibeli di ABC Mart yang berharga 59,000 won dan mafla 15,000 won. Mahaaiiiii!!

Myeongdong street ni bukak sampai tengah malam kot. Lepas tu kitorang terus balik ke guesthouse semula tak tahan kat luar lama-lama. Sejukkkk!! Cari sarung tangan tak ada satu pun yang jual. Jari jemari ni macam dah beku je rasa.

On the way nak balik guesthouse kitorang singgah kat 7 Eleven nak beli electric plug socket. Ingat tau dia punya electric plug tak sama macam Malaysia. Harga 8,600 won. Husband beli susu pisang sebotol 1,200 won. Kitorang terus balik ke bilik malam tu sebab esok perjalanan yang jauh akan ditempuh. Badan dah mula penat dan mata mula mengantuk sebab tak dapat proper rest semenjak dari dalam flight.

ini macam rupa dia


Perbelanjaan hari pertama:

1. T-Money: 2,500 + reload 30,000 x2 = 65,000 won
2. Hanjin Express (simpan barang): 11,000 won
3. Feri: 4,000 x2 = 8,000 won
3. Bus ke Sejong Hotel: 10,000 x2 = 20,000 won
4. Check-in guesthouse: 300,000 won
5. Dinner: 13,800 won
6. Boot: 59, 000 won
7. Mafla: 15,000 won
8. Stokin: 2,000 won
9. Electric plug: 8,600 won
10. Susu pisang: 1,200 won


Total perbelanjaan hari pertama = 503, 600 won





bersambung di Day 2 Part 1....



No comments :

Post a Comment