Tuesday, April 30, 2013

Honeymoon ke Seoul, South Korea - Day 3 Part 2 - Itaewon & Trick Eye Museum

Hiyak...hiyak bersambung ke Day 3 Part 2. Selepas ke Everland Resort kitorang bercadang nak ke Itaewon sebab belum makan tengah hari lagi. Itaewon jelah satu-satunya tempat yang senang nak cari makanan halal kat Seoul ni. Kat sini banyak restoran India dan Arab. Nak makan makanan Korea yang halal pun ada kat sini.

Korea Day 1 Part 1
Korea Day 1 Part 2
Korea Day 2 Part 1
Korea Day 2 Part 2
Korea Day 3 Part 1

Destinasi: Itaewon dan Trick Eye Museum


Dari Everland ke Itaewon:

Naik bas 5002 dari Everland ---> stop di Gangnam station (Line 2) menghala ke Sindorim ---> transfer Seoul National University of Education (Line 3) menghala ke Daehwa ---> Yaksu station ---> transfer Itaewon (Line 6) menghala ke Eungam (Exit 3) (40 minit)

Okay sesampainya kitorang kat Itaewon kitorang terus pergi cari kedai yang bernama Murree Muslim Food Restaurant sebab cadangnya nak try makanan Korea kat situ. Apa barang datang Korea makan makanan India atau Arab kan..tu kat Malaysia pun ada.

Keluar je Exit 3 kat Itaewon subway tu kita akan nampak kedai Pasha dekat dengan Starbucks. Kat luar tu ada pak Arab dok memanggil-manggil kita beli aiskrim dia. Mr. husband terpengaruh lalu membeli aiskrim tersebut. Masa dia nak cedok aiskrim tu dia main-main ngan kita. Dia buat macam nak bagi aiskrim tu kat kita tapi dia tarik balik. Lepas tu dia colek-colek aiskrim tu kat mulut la kat pipi la..hahah sebijik macam dalam filem Istanbul Aku Datang.

masa ni kena main ngan pak Arab tu
dia bagi lepas tu dia tarik balik
akhirnya abes gak 'show' dia..barulah dapat aiskrim hihi

Nak ke Murree Restaurant ni kena jalan kaki sikit. Dalam 10 minit macam tu. Lepas lalu kedai Pasha tadi jalan terus. Bila nampak simpang terus belok ke kanan. Lepas tu jalan terus. Jalan ni agak berbukit dan tak larat nak panjat dengan kaki yang dah sedia ada penat..huhu. Kat sebelah kanan ada kedai Salam Bakery lepas tu jalan lagi sampai nampak ada simpang 3. Kat sinpang 3 tu belok kiri dan jalan terus. Naik bukit lagi errkkk. Dari jauh dah nampak dah signboard kedai Murree tu.

see the red signage
dah sampai di Murree
masa untuk mengorder
kitorang order Kimchi Chigae
dan Bibimbap

kedua-dua menu ni didatangi khas dengan side dishes. antaranya seaweed, apetah liat pedas tapi sedap, kimchi dan fish cake
jemput tengok :p

percubaan menggaul bibimbap

Overall makanannya adalah sedap! Saya sangat suka kimchi!! Rasanya pedas-pedas masam. Hihi. Sekali makan pun dah boleh terpikat. Yang liat pedas tu pun sedap. Macam sesuai buat kunyah-kunyah depan tv..hewhewhew. Kalau tak nak makan makanan Korea, makanan Arab dan India pun ada kat sini macam Nasi Beriyani. Ia dihidang secara buffet. 

Okay harga untuk set bibimbap 8,000 won, kimchi chigae set 10,000 won dan  kitorang tambah grape dan apple juice 8,000 won. Kalau tak nak order air pun tak apa sebab dapat air masak free sebotol. Total makan hari ni ialah 26,000 won

Okay sesudah makan ada satu peristiwa tak diingini berlaku. Masa kitorang on the way nak ke subway ada sorang perempuan ni panggil kitorang. Masa tu kat depan restoran Siti Sarah. Ingatkan dia nak tanya apa rupa-rupanya dia nak mintak tolong. Dia nak 10,000 won!! Lepas tu nak mintak kitorang tumpangkan dia kat bilik guesthouse kitorang. Dia kata laki dia tak ada. Dia sorang tak ada duit dan tak ada tempat tidur. Dia dari Incheon dan seorang muslim. Nama apa tak ingat. Kitorang kata mana boleh tumpang bilik kitorang. Dah ke gila ke apa nak tidur sekali ngan laki aku. Dia keep on merayu-rayu. Lepas tu tanya esok datang Itaewon lagi tak? Kitorang cakap tak sebab pagi-pagi esok dah nak balik Malaysia. Padahal tipu je..huhu. Then, ada orang lalu dan jerit kat kitorang "Crazy woman! Crazy Woman". Kitorang tak tau dah cam mana nak lepaskan diri sebab dia asek merayu-rayu aje. Dah tak tahan sangat kitorang bagi 10,000 won tu kat dia dan terus blah. Phewww~~~~ tak memasal! Ada gak jumpa orang jenis gitu..puhh

Lepas dah dapat boloskan diri dari perempuan tak betul tu kitorang terus berlari-lari ke subway sebab dah lambat nak ke Trick Eye Museum kat Hongdae takut tutup pulak nanti. Kacau betul abes timing lari dok melayan dia huhu. Sakit-sakit kaki pun boleh lagi teruskan perjalanan ke Hongdae..wuuuuu

Dari Itaewon ke Trick Eye Museum:

Itaewon station (Line 6) menghala ke Eungam ---> transfer Hapjeong (Line 2) ---> Hongik University menghala ke Seongsu (Exit 9)

Keluar dari subway jalan terus sampai nampak simpang (traffic light) dalam 300 meter lepas tu belok kiri. Jalan sikit je dan terus lintas jalan. Seberang jalan tu ada Tony Moly dan Holika Holika. Lalu di antara dua buah kedai tu. Jalan terus lagi dalam 150 meter dah boleh nampak Trick Eye Museum sebelah kanan.Trick Eye Museum ni dalam bangunan tingkat bawah. Kena turun tangga untuk masuk ke entrancenya. Waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Tiket pulak agak mahal iaitu 13,000 won seorang. Kitorang ada sewa locker kat situ sebab malas nak bawak beg. Harga untuk locker 500 won.

Okay, kat Trick Eye Museum ni ada banyak lukisan yang boleh trick mata kita. Nampak macam real la. Nak tengok macam mana? Jom layan gambar kat bawah ni sampai lebam. Sambil-sambil tu kunyahlah popcorn ke twisties ke.

 









aiyoyoyo bini sapa la ni



banyak lagi gambar yang censored tapi tak boleh dipertontonkan di sini. Umum Umum huhu



tinggi sangat tak fit hihihih

realitinya tak pernah shopping sampai cam ni..huhu


kalau lah betul..woo best ni

buang-buang duit

poyo

tangan yang bengkok akibat jatuh basikal masa kecik...hihi



adei..dia buat lagi perangai tak senonoh

ini pun sama!


i besar u kecik

Kitorang kat sini dalam sejam je lepas tu balik sebab dah terlalu penat bergambar dan tapak kaki pulak rasa macam nak tercabut dah. Nak pegi ke Hello Kitty Cafe pun macam dah tak larat sangat. Sapa ada petua macam mana tak nak tapak kaki sakit eaa?? Spoil mood nak berjalan betul.

Masa sampai kat underground shopping Myeongdong subway kitorang singgah beli Deli Manjoo sebab tengok banyak orang makan benda alah tu. Bentuk dan rasa ala-ala kaya ball tapi fillingnya kastad jagung. For me kaya ball kita lagi sedap kot nak compare dengan Deli Manjoo tu.

3,000 won berapa pieces tah lupa pulak.

Balik guesthouse terus mandi dan kebaboom atas tilam sebab dah penat sangat. Esok nak berjalan jauh lagi. Huh. Bersambung di Day 4 part 1.


Perbelanjaan hari ketiga:

1.Tiket Everland: 20,000x2 = 40,000 won
2.Souvenir Everland: 20,000 won
3.Makan di Murree: 26,000 won
4. Derma: 10,000 won
5. Tiket Trick Eye Museum: 13,000 x2 - 26,000 won
6. Locker: 500 won
7. Deli Manjoo: 3,000 won

Total perbelanjaan hari ketiga: 125,500 won






p/s: semakin banyak info yang dah lupa. kena update laju-laju nampak gayanya.

Thursday, April 25, 2013

Honeymoon ke Seoul, South Korea - Day 3 Part 1 - Everland

Phewwww~ baru Day 3 Part 1 ada lagi 5 entry kot nak abeskan pasal Korea ni..bertabah..bertabah.
Hari ketiga kami ke??? Everland Resort!! Hoyeahhhh berjalan sehingga ke ceruk dunia. Everland ni sangat jauh dari Seoul lebih kurang pergi ke Nami Island jugaklah sejam lebih baru sampai. Macam biasa kitorang pukul 10 lebih baru keluar sebab bangun lambat..hihi.

Kaki still sakit-sakit lagi tapi gagahkan jugak diri. Kalau tak rugilah kan dah datang jauh-jauh takkan nak duduk dalam bilik je. Kitorang bawak bekal biskut sebab takut kat Everland nanti susah nak makan. So, dari Myeongdong station kitorang ke Gangnam station sebab nak kena naik bas kat sana.

Destinasi: Everland Resort

Dari Myeongdong ke Everland:

Myeongdong station (Line 4) ---> transfer Chungmuro (Line 3) ---> transfer Seoul National University of Education (Line 2) ---> Gangnam station menghala ke Seongsu (Exit 10) ---> naik bas 5002 ke Everland ---> naik shuttle bus

Finally, sampai jugak ke bandar Gangnam yang mula disebut-sebut selepas popularnya lagu Oppa Gangnam Style heheh. Tapi rasanya tak ada apa yang menarik pun kat Gangnam sama je macam kat bandar Seoul tu. Taktaulah kan kalau saya ni tak reti menilai....hihi.

ni kat exit 1..kita kena ke exit 10 ya kawan-kawan
Keluar je Exit 10 subway Gangnam terus jalan kaki lebih kurang 300 meter ke tempat tunggu bas. Jangan risau kat situ ada tulis bas nombor berapa dan ke mana destinasinya. Apa yang saya perhatikan kat Korea ni bustop dia kalau tulis nombor bas yang itu memang bas itu jelah yang berhenti kalau takde nombor bas yang kita nak kat signboard tu jangan harap ada bas nak amik kita. Macam kitorang dah tersalah exit mula-mula. Tunggulah kat satu bustop tu tapi kat situ memang tak ada tulis bas no. 5002. Kitorang tunggu jugak ada nampak bas 5002 lalu tapi bas tu tak berhenti langsung kat bustop yang kitorang tunggu tu. Terpaksa berjalan cari bustop yang memang betul-betul tulis bas 5002..huhu. Dah la bukan dekat-dekat dari satu exit ke satu exit..pasghahhh.

Last-last jumpa jugak tapi bas 5002 baru je lepas..aisehmannn takpe tunggu lagi. Dekat 20 minit jugak kot nak tunggu bas seterusnya datang. Orang pun dah mula ramai beratur kat bustop tu. Rasanya semua nak pergi Everland. Nampak muka sorang-sorang memang macam tourist..hihi.


Sepanjang dalam bas husband tidur je tinggallah saya sorang-sorang menikmati keindahan alam..heheh. Lebih kurang pukul 1 tengah hari baru kitorang sampai kat parking lot Everland. Bas tu tak hantar terus ke main entrance kita kena naik shuttle bas pulak.

turun je dari bas 5002 terus continue naik shuttle bus pulak
dah sampai depan main entrance Everland

Okay harga tiket untuk masuk ke Everland adalah 40,000 won seorang tapi dengan menunjukkan discount coupon yang di print dari website ni kita boleh dapat harga 40,000 won untuk 2 orang..Fuhhh jimatkan? 50% tu diskaun. So, sapa-sapa nak ke Everland boleh print coupon tu kat rumah siap-siap ya.
 
senarai harga tiket ada yang one-day admission ada yang night admission

40,000 won untuk 2 orang..jimattt!

Kat Korea ni ada dua theme park satu Everland dan satu lagi Lotte World. Yang Everland ni outdoor game sahaja dan Lotte World pulak outdoor dan indoor game macam kat Genting tu. Tapi kitorang tak pergi Lotte World hanya ke Everland sahaja. Lotte World rasanya lebih dekat.

Kawasan Everland ni punyalah besar memang tak larat nak jalan dan jelajah semua. Rasanya 3 kali ganda USS kot. Dia sama jugak macam USS, Legoland atau Movie World ada banyak zon antaranya Global Fair, American Adventure, Magic Land, European Adventure dan Zootopia. Siapa yang rasa sakit kaki jangan datang. Hahahah sebab memang letih berjalan. Besarrr sangat!

Kitorang mulakan perjalanan ke Global Fair dulu. Kat sini tak ada game melainkan banyak restoran dan gift shop sahaja. Kat sini kitorang beli mineral water 1,800 won untuk 2 botol sebab rasa macam agak panas pulak cuaca kat Everland ni. Beli sarung tangan semalam tak pakai pun sebab suhu macam dah naik pulak..hahaha.

okay mula-mula masuk terus nampak ni

tema untuk bulan ni ialah Tulip Festival

apa-apahal kita amik map dulu. pastikan dalam English tau.

tiang ni akan berubah decoration mengikut festival yang berlangsung

so untuk musim spring ni memang banyak bunga tulip

pelbagai warna
sangat cantik!!!!
pokok besar ni pun colorful

bunga di sana-sini

geram-geram..nak beli bawak balik pun boleh ni
Lepas tu kitorang berjalan-jalan lagi sampailah ke American Adventure. Kat sini ada banyak game tapi satu pun kitorang tak naik sebab tujuan asal datang Everland adalah untuk sightseeing sahaja bukan nak bermain hihi.

Selepas American Adventure sampai pulak ke Magic Land. Kat sini pun ada game, restoran dan gift shop. Tapi tak berani nak makan kat restoran dalam Everland ni sebab takut tak halal.

dari kejauhan dah nampak benda ni

kitorang lepak depan kawasan ni sambil makan biskut


Dan seterusnya sampai kat European Adventure lak. Yang best kat European Adventure ni ialah ada Secret Garden. Sangat banyak bunga tulip yang berwarna warni. Memang sangat geram!





ini dia Secret Garden

bergambar dulu

sangat banyak tulip yang cantik-cantik




cantik kannnnn?
rasa macam nak tanam kat rumah..hahaha

Four Seasons Garden

T Express roller coaster tercuram di dunia
ada bran?

kat Holland Village ni banyak kedai-kedai makan





dalam banyak-banyak game yang ni je kitorang masuk. ingat tak payah beratur lama sekali lama jugak. huhu...game pulak sama macam kat Legoland main tembak-tembak..ekkk
ni kat Apine Village. kat sini pun banyak kedai-kedai makan
Dah sampai ke zon Zootopia. Kepada pencinta haiwan memang sesuai datang ke kawasan ni.


boleh naik unta kat Petting Zoo

 kat Bug's Garden

boleh bagi makan burung kat sini tapi kena beli makanannya..hik

ada tetikus yang comel

ni apa squirrel ke chipmunk ke apa?

polar bear ni besar giler. 2 kali ganda badan saya

penguin-penguin yang cute


comel sangat dia berenang

ni sea lion


harimau putih ketiduran

keluar Everland setelah kaki hampir jammed
Tapi sebelum keluar sempat jugakla beli souvenir kat sini. Kitorang beli fridge magnet, bookmark, dengan sepit rambut semua sekali 20,000 won. Pukul 3.30 kitorang dah keluar so 2 jam setengah jela kitorang kat dalam Everland ni hihihi.

naik shuttle bus nak ke destinasi seterusnya


Overall, Everland Resort ni agak besar tapi tak banyak sangatlah benda yang menarik. Kalau nak cerita Everland dengan USS memang USS la lagi best rasanya hihi. Tapi tak taulah kan sebab saya tak main pun game-gamenya. Orang kata alang-alang dah datang kita rasalah semua sekali. At least ada la jugak pengalaman kat Everland ni walaupun tak main game yang ada.

Caner nak balik semula ke Gangnam? Tunggu je bas 5002 kat bustop masa datang tadi. Lepas tu berhentilah kat bustop Gangnam dan naik subway kat situ :)


Okay selepas ni ke mana kita? Tunggu entry Day 3 Part 2 lak..hahahah.