Wednesday, April 24, 2013

Honeymoon ke Seoul, South Korea - Day 2 Part 2 - Yeouido Hangang Park

Wokeyy bersambung terus ke Day 2 part 2. Tak boleh tangguh-tangguh lagi nanti otak berkarat satu apa pun tak ingat. 
Balik dari Nami Island kitorang terus menuju ke Yeouinaru Station. Cadangnya nak pergi 63 Building, Yeouido Park dan Han River. Tempat masing-masing saling berdekatan. So, dari Gapyeong Station kitorang berhenti di Yeouinaru Station. Lama jugak perjalanan dan kena transfer-transer train. Sepanjang perjalanan tu macam-macam ragam dalam train yang boleh kita lihat. Ada yang jual barang dalam train macam torch light la tali kat pinggang la. Tak kurang jugak ada yang bawak tanda salib sebesar alam gantung kat leher. Apa yang dia cakap pun tak tau daa. Lepas tu ada sorang ni duk tampal-menampal sticker apa tak tau kat dalam train tu. Maybe 'ahlong' kot sebab nampak nombor telefon tapi tak sampai berapa minit security datang terus cabut sticker-sticker tu. Cekap betul. Jap lagi nampak dia mai tampal balik. Aisshhh jenis tak reti bahasa. Kalau I lainla memang tak reti bahasa korea.

Destinasi: Yeouido Hangang Park

Dari Nami Island nak ke Yeouido Park:

Gapyeong (Yongsan Line)---> Sangbong ---> Wangsimni (Line 5) ---> Yeouinaru (Line 5) menghala ke Banghwa (Exit 4) (1 hour)

Keluar dari Yeouinaru Station kitorang tercari-cari di manakah 63 Building. Rupa-rupanya jauh lagi bangunannya lebih kurang 15 minit jalan kaki. Husband kata malas pulak nak masuk 63 Building sebab kaki dah penat. Saya pun rasa macam dah tak larat sangat dah nak berjalan tapak kaki ni sakit giler mintak rehat tapi tuan dia tetap paksa berjalan. Yelah dah buat itinerary kan so kalau tak pergi rugi wooo.

Dalam 63 Building tu ada Wax Museum, Sea World, IMAX Theater, Sky Art Gallery dan lain-lain. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dan harga tiket berbeza mengikut pakej. I olls is tak tau sebab tak masuk. Kena pandai google-google sendiri la ek..hihihi.

Di sebabkan tak ke 63 Building kitorang terus ke agenda seterusnya iaitu ke Yeouido Park bertentangan je dengan 63 Building. Kat situ ada basikal so bolehlah rehat-rehatkan sikit kaki yang keletihan tu. Sewa couple bicycle kat sini lebih murah kalau nak compare dengan Nami Island. Kalau kat Nami Island 10,000 won sejam tapi kat sini 6,000 won je sejam. Padahal company yang sama. Apakah?

sudah sampai Yeouido Hangang Park

sewa basikal dulu..kaki sakit

harga sewa 6,000 won untuk couple bicycle


peace yaww..suka la tu dapat naik basikal

itu dia 63 Building

belakang tu ada jambatan. banyak betul jambatan kat sini

basikal..kaler hijau lagi

angsa ke itik?. tak naik pun

lepak-lepak kat taman sebelum pulangkan basikal
Tak ada aktiviti yang menarik pun yang kitorang buat kat sini selain berbasikal mengelilingi taman macam orang gila. Heheheh cycling again maybe tak puas kot kat Nami Island pagi tadi. Husband siap kata balik Malaysia nak beli basikal la nak riadah petang-petang. Cehhh..dah berbasikal di Korea baru ada semangat nak riadah di Malaysia ya? Huk. Mari layan video kami berbasikal..hehe



.


Masa pusing-pusing kat taman tu kitorang ada nampak Han River Cruise tapi malas nak naik sebab dah keletihan. Nak tunggu lampu kat Han River waktu malam pun rasa dah malas. Nak balik guesthouse cepat-cepat je rasa. Haishhh baru hari kedua dah pancit. Masa tu dah pukul 6 lebih tak lama dah nak malam tapi memang malas sangat nak tunggu. Rugiiiiiii. Penyakit malas datang sebab kaki dah sakit sebenarnya. Kalau tak sakit mesti tak reti nak pulang ke pangkal jalan lagi.

Han River Cruise. Berapa harga?. Boleh pi google..hikhik
bye-bye Hangang Park

So, pulanglah kami ke sarang dan berehat kejap. Malam tu lepas maghrib dan kaki rasa macam dah okay kitorang pun keluar balik. Pantang kaki okay sikit terus berdesuppp keluar..hihi. Cadangnya nak ke Namdaemun. Orang kata dari Myeongdong tu boleh jalan kaki je ke Namdaemun maka kitorang pun jalanlah kaki dengan kaki yang sakit ni. Jalan punya jalan tak jumpa jugak kelibat Namdaemun Market. Entah kemana-mana dah perginya. Sudahnya terpaksa give up dan tanya orang sekeliling. Kita lihat siapa yang kena...

Ada sorang ahjumma jual jajan kat kiosk tepi jalan dialah yang kena. Kitorang tanyalah macam mana nak ke Namdaemun Market. Dia dengan muka sombongnya tunjuk-tunjuk dengan jari je langsung tak pandang muka kitorang. Haiihh kekwat bebenor. Ada jugak orang Korea yang sombong gini. Sabar jelah. Husband kata dia marah tu sebab tak membeli kat kedai dia tapi sebok nak bertanya.. Hihi nasiblah..tak kan I nak beli benda tak halal. Ye dok? Dia ada jual benda cucuk-cucuk nampak macam sedap tapi tak taulah kalau si kaki pendek..wuuuu.

Lepas tu kitorang blah dan imagine semula arah tangan yang dia tunjuk tadi. Macam ke bawah lepas tu terus lepas tu kiri. Ooo kena masuk subway agaknya. Kitorang masuklah subway Hoehyeon. Nampak signboard dalam tu arah ke Namdaemun Market exit 5 kot kalau tak silap. Bertemulah kami dengan Namdaemun Market tapi malangnya kedai semua dah tutup. Semua dah bungkus-bungkus barang. Ohhh..Namdaemun Market ni bukak siang je kot tak macam Myeongdong. Tapi alang-alang dah sampai kitorang jalanlah jugak kat area situ. Ada nampak 2-3 buah kedai yang masih bukak.  Kitorang singgah kat kedai souvenir tapi tak beli pun lagi just nak survey-survey je dulu. Lepas tu singgah kat satu kedai nak beli sarung tangan. At last jumpa jugak sarung tangan kat situ. Tak tahan kesejukan. Harga 5,000 won.

antara souvenir yang ada

Jam dah tunjuk pukul 10 malam tapi kitorang tak makan malam lagi. Pergilah cari kedai ikan bakar kat Namdaemun tu. Jumpa memang jumpa tapi macam tak ada orang pun dan macam dah nak tutup je. Kitorang tak jadi makan dan terus balik ke guesthouse. Jalan kaki lagi argghhhh tak tahan wooo sakit. Padahal boleh je naik subway satu station je dari Hoehyeon ke Myeongdong tapi malas pulak nak jalan ke subway.

Sebelum sampai bilik sempat lagi singgah 7E beli susu pisang dan strawberry. Lepas tu kat bilik kitorang just masak megi kari hot cup..huuu yummy-yummy lapar. Then, terus mandi dan tidur. Letih giler! Nak kena sambung misi hari ketiga pulak. Ohhh lupa nak habaq..dekat Namdaemun ada kedai halal rasanya namanya Shawarma kedai jual kebab berdekatan dengan exit 6 Hoehyeon Station. Lagi satu restoran Saffron kat Myeongdong yang menyediakan makanan Arab. Kedai ni berdekatan Hotel Ibis kot. Nak tahu lebih detail boleh check sini.

hari ni beli susu pisang & strawberry
buat megi kat kitchen

bolehlah untuk mengalas perut


Perbelanjaan hari kedua:

1.Tiket ferri dan admission ke Nami Island: 8,000 x2 = 16,000 won
2.Teksi ke Nami Island (pergi balik) : 5,200 won
3. Sewa basikal (Nami Island): 10,000 won
4: Souvenir (Nami Island): 47,000 won
5. Lunch (Nami Island): 6,500 x2 = 13,000 won
6. Sewa basikal (Yeouido Park): 8,000 won
7. Susu pisang & strawberry: 3,600 won
8. Sarung tangan: 5,000 won


Total perbelanjaan hari kedua: 107,600 won


Tamat hari kedua bersambung di Day 3 Part 1.





No comments :

Post a Comment