Phewwww~ baru Day 3 Part 1 ada lagi 5 entry kot nak abeskan pasal Korea ni..bertabah..bertabah.
Hari
ketiga kami ke??? Everland Resort!! Hoyeahhhh berjalan sehingga ke
ceruk dunia. Everland ni sangat jauh dari Seoul lebih kurang pergi ke
Nami Island jugaklah sejam lebih baru sampai. Macam biasa kitorang pukul
10 lebih baru keluar sebab bangun lambat..hihi.
Kaki
still sakit-sakit lagi tapi gagahkan jugak diri. Kalau tak rugilah kan
dah datang jauh-jauh takkan nak duduk dalam bilik je. Kitorang bawak
bekal biskut sebab takut kat Everland nanti susah nak makan. So, dari
Myeongdong station kitorang ke Gangnam station sebab nak kena naik bas
kat sana.
Destinasi: Everland Resort
Dari Myeongdong ke Everland:
Myeongdong station (Line 4) ---> transfer Chungmuro (Line 3) ---> transfer Seoul National University of Education (Line 2) ---> Gangnam station menghala ke Seongsu (Exit 10) ---> naik bas 5002 ke Everland ---> naik shuttle bus
Finally,
sampai jugak ke bandar Gangnam yang mula disebut-sebut selepas
popularnya lagu Oppa Gangnam Style heheh. Tapi rasanya tak ada apa yang
menarik pun kat Gangnam sama je macam kat bandar Seoul tu. Taktaulah kan
kalau saya ni tak reti menilai....hihi.
|
ni kat exit 1..kita kena ke exit 10 ya kawan-kawan |
Keluar
je Exit 10 subway Gangnam terus jalan kaki lebih kurang 300 meter ke
tempat tunggu bas. Jangan risau kat situ ada tulis bas nombor berapa dan
ke mana destinasinya. Apa yang saya perhatikan kat Korea ni bustop dia
kalau tulis nombor bas yang itu memang bas itu jelah yang berhenti kalau
takde nombor bas yang kita nak kat signboard tu jangan harap ada bas
nak amik kita. Macam kitorang dah tersalah exit mula-mula. Tunggulah kat
satu bustop tu tapi kat situ memang tak ada tulis bas no. 5002.
Kitorang tunggu jugak ada nampak bas 5002 lalu tapi bas tu tak berhenti
langsung kat bustop yang kitorang tunggu tu. Terpaksa berjalan cari
bustop yang memang betul-betul tulis bas 5002..huhu. Dah la bukan
dekat-dekat dari satu exit ke satu exit..pasghahhh.
Last-last
jumpa jugak tapi bas 5002 baru je lepas..aisehmannn takpe tunggu lagi.
Dekat 20 minit jugak kot nak tunggu bas seterusnya datang. Orang pun dah
mula ramai beratur kat bustop tu. Rasanya semua nak pergi Everland.
Nampak muka sorang-sorang memang macam tourist..hihi.
Sepanjang
dalam bas husband tidur je tinggallah saya sorang-sorang menikmati
keindahan alam..heheh. Lebih kurang pukul 1 tengah hari baru kitorang
sampai kat parking lot Everland. Bas tu tak hantar terus ke main
entrance kita kena naik shuttle bas pulak.
|
turun je dari bas 5002 terus continue naik shuttle bus pulak |
|
dah sampai depan main entrance Everland |
Okay harga tiket untuk masuk ke Everland adalah 40,000 won seorang tapi dengan menunjukkan discount coupon yang di print dari
website ni
kita boleh dapat harga 40,000 won untuk 2 orang..Fuhhh jimatkan? 50% tu
diskaun. So, sapa-sapa nak ke Everland boleh print coupon tu kat rumah
siap-siap ya.
|
senarai harga tiket ada yang one-day admission ada yang night admission |
|
40,000 won untuk 2 orang..jimattt! |
Kat Korea ni ada dua theme park satu
Everland dan satu lagi Lotte World. Yang Everland ni outdoor game sahaja
dan Lotte World pulak outdoor dan indoor game macam kat Genting tu.
Tapi kitorang tak pergi Lotte World hanya ke Everland sahaja. Lotte
World rasanya lebih dekat.
Kawasan Everland ni punyalah
besar memang tak larat nak jalan dan jelajah semua. Rasanya 3 kali
ganda USS kot. Dia sama jugak macam USS, Legoland atau Movie World ada
banyak zon antaranya Global Fair, American Adventure, Magic Land,
European Adventure dan Zootopia. Siapa yang rasa sakit kaki jangan
datang. Hahahah sebab memang letih berjalan. Besarrr sangat!
Kitorang
mulakan perjalanan ke Global Fair dulu. Kat sini tak ada game melainkan
banyak restoran dan gift shop sahaja. Kat sini kitorang beli mineral
water 1,800 won untuk 2 botol sebab rasa macam agak panas pulak cuaca
kat Everland ni. Beli sarung tangan semalam tak pakai pun sebab suhu
macam dah naik pulak..hahaha.
|
okay mula-mula masuk terus nampak ni |
|
tema untuk bulan ni ialah Tulip Festival |
|
apa-apahal kita amik map dulu. pastikan dalam English tau. |
|
tiang ni akan berubah decoration mengikut festival yang berlangsung |
|
so untuk musim spring ni memang banyak bunga tulip |
|
pelbagai warna |
|
sangat cantik!!!! |
|
pokok besar ni pun colorful |
|
bunga di sana-sini |
|
geram-geram..nak beli bawak balik pun boleh ni |
Lepas tu kitorang berjalan-jalan lagi sampailah ke
American Adventure. Kat sini ada banyak game tapi satu pun kitorang tak
naik sebab tujuan asal datang Everland adalah untuk sightseeing sahaja
bukan nak bermain hihi.
Selepas American Adventure
sampai pulak ke Magic Land. Kat sini pun ada game, restoran dan gift
shop. Tapi tak berani nak makan kat restoran dalam Everland ni sebab
takut tak halal.
|
dari kejauhan dah nampak benda ni |
|
kitorang lepak depan kawasan ni sambil makan biskut |
Dan
seterusnya sampai kat European Adventure lak. Yang best kat European
Adventure ni ialah ada Secret Garden. Sangat banyak bunga tulip yang
berwarna warni. Memang sangat geram!
|
ini dia Secret Garden |
|
bergambar dulu |
|
sangat banyak tulip yang cantik-cantik |
|
cantik kannnnn? |
|
rasa macam nak tanam kat rumah..hahaha |
|
Four Seasons Garden |
|
T Express roller coaster tercuram di dunia |
|
ada bran? |
|
kat Holland Village ni banyak kedai-kedai makan |
|
dalam
banyak-banyak game yang ni je kitorang masuk. ingat tak payah beratur
lama sekali lama jugak. huhu...game pulak sama macam kat Legoland main
tembak-tembak..ekkk |
|
ni kat Apine Village. kat sini pun banyak kedai-kedai makan |
Dah sampai ke zon Zootopia. Kepada pencinta haiwan memang sesuai datang ke kawasan ni.
|
boleh naik unta kat Petting Zoo |
|
kat Bug's Garden |
|
boleh bagi makan burung kat sini tapi kena beli makanannya..hik |
|
ada tetikus yang comel |
|
ni apa squirrel ke chipmunk ke apa? |
|
polar bear ni besar giler. 2 kali ganda badan saya |
|
penguin-penguin yang cute |
|
comel sangat dia berenang |
|
ni sea lion |
|
harimau putih ketiduran |
|
keluar Everland setelah kaki hampir jammed |
Tapi sebelum keluar sempat jugakla beli souvenir kat
sini. Kitorang beli fridge magnet, bookmark, dengan sepit rambut semua
sekali 20,000 won. Pukul 3.30 kitorang dah keluar so 2 jam setengah jela
kitorang kat dalam Everland ni hihihi.
|
naik shuttle bus nak ke destinasi seterusnya |
Overall,
Everland Resort ni agak besar tapi tak banyak sangatlah benda yang
menarik. Kalau nak cerita Everland dengan USS memang USS la lagi best
rasanya hihi. Tapi tak taulah kan sebab saya tak main pun game-gamenya.
Orang kata alang-alang dah datang kita rasalah semua sekali. At least
ada la jugak pengalaman kat Everland ni walaupun tak main game yang ada.
Caner
nak balik semula ke Gangnam? Tunggu je bas 5002 kat bustop masa datang
tadi. Lepas tu berhentilah kat bustop Gangnam dan naik subway kat situ
:)
Okay selepas ni ke mana kita? Tunggu entry Day 3 Part 2 lak..hahahah.
No comments :
Post a Comment