Wednesday, April 8, 2015

ToKyotOsaka : Ke Tokyo ke Kita?


Dah sampai ke Tokyo..yahuuu..tak lama lagi travelogue ke Jepun akan tamat. Hehe.

Pagi tu seperti biasa selepas breakfast kat bilik hotel kitorang terus kemas-kemas barang dan check out. Actually separuh barang dah kemas malam tadi. Yang pagi tu cuma tinggal balance yang belum kemas sebab takut kelam kabut nanti ada je yang tertinggal. Maka menapak la kitorang ke subway station. Dari Namba ke Osaka station naik shikansen untuk ke Tokyo. Tak perlu bayar lagi sebab dah ada JR Pass. So masa nak naik train lalu je kat lorong white card dan tunjuk pada pegawai yang bertugas. Settle. Pastikan JR Pass tu sentiasa dalam jagaan. Jangan hilang pulak kang tak memasal kena bayar huahuahua. Tapi kalau hilang gak cam mana ek?

Naik shikansen dari Osaka ke Tokyo memakan masa 2 jam kot kalau tak silap. Lupa daaa...setahun punya information sura hirang hihi..Nampak dari luar shikansen ni laju giler tapi masa duduk kat dalam tu rasa macam naik train biasa je. Kitorang duduk seat sebelah kiri yang tak direserved. Kalau reserved seat harga lain rasanya. Kononnya nak tengok Mount Fuji tapi sampai ke sudah tak nampak Mount Fujinya hukhuk.

kitorang naik Nozomi 222 ke Tokyo pukul 10:50. Kalau xnak stop2 naik yang Nozomi 14 tu

Dalam tengah hari jugak kitorang sampai kat Tokyo station. Lepas tu terus naik subway ke Ikebukuro plak sebab nak check in hotel. Kitorang pilih Sakura Hotel Ikebukuro sebab senang laluannya dalam satu loop je. Macam kat Osaka jugak, subway kat Tokyo pun ada loop.

Hotel ni saya booked melalui website Sakura Hotel dan booked double room. Bilik lebih kurang sama jugak macam kat Osaka Floral Inn Namba. Selesa dan ada wifi. Alhamdulillah boleh la dari takde. Harga 27,900 yen untuk 3 malam. Bayar masa check in.



sempit tapi bolehla

Lepas dah check in dan tengok bilik kitorang keluar semula. Destinasi pertama yang kitorang pegi kat Tokyo ni Hard Rock Cafe Ueno Iki. Hehehe. Ada orang awal-awal dah pesan t-shirt HRC so terpaksa la cari. Masa tu kitorang usyar-usyar je dulu belum beli lagi. Last day nanti kot baru beli.
Next, kitorang ke Asakusa plak. Nak pegi Asakusa ni kena naik subway line lain so terpaksa keluar duit sikit. Kat Asakusa ni ada Nakamise Market yang jual souvenir. Kena pegi cepat-cepat tau sebab pukul 6 petang kedai-kedai dah nak tutup. Kat sini saya sempat grab pinggan perhiasan je sebab mak mertua pesan. Takut tak datang sini lagi so saya pun terus beli la tanpa berfikir panjang. Kat sini ada Tokyo Skytower tapi kitorang tak pergi.

 

ramai betul orang

Destinasi seterusnya ke Tokyo Tower. Naik subway dari Ueno ke Hamamatsucho station. Lepas tu kena jalan kaki sikit. Fuhhh. Kat sini ada kejadian yang tak diingini berlaku. Masa lepas bergambar kat Tokyo Tower kitorang pun berjalan kaki balik semula ke Hamamatsucho station. Dalam suku perjalanan husband terperasan yang JR Pass dia tak ada!! Ya Allah punya lah berdebar masa tu. Kalau tak ada JR Pass macam mana nak balik Osaka? Huwaaaa....

Pastu husband patah balik ke Tokyo Tower. Nasib menyebelahi kitorang. JR Pass tu elok je terjatuh kat atas jalan. Takde sapa yang amik. Alhamdulillah. Nasib baik time tu orang tak ramai. Keadaan pun gelap so orang tak perasan. Rasa lega sangat bila JR Pass dijumpai semula. Kalau hilang tak taulah apa nak buat. Uiii...

Oyaa...lupa plak masa sibuk-sibuk berwefie kat Tokyo Tower tu ada visitor tanya kitorang mana nak beli monopod. Diorang agak pelik kitorang pakai monopod. Kat Jepun memang takde jual dan takde orang pakai. Hahahaha. Kitorang cakap beli kat Malaysia. Nampak diorang macam frust je. Heeeee.
Hari semakin gelap kitorang decide nak cari tempat dinner. Tak sempat nak terjah tempat lain macam Akihabara ke Nippori ke Shinjuku ke. Uwaaaaa. Niat nak pegi Nippori nak tengok barang-barang craft tak tercapai. Masa amat mencemburui kami. Sob.



 


Malam tu kitorang try cari restoran Malaychan kat Ikebukuro. Susah gak nak jumpa. Sesat beberapa kali. Bila tanya orang semua 'ano' 'ano' je. Memang tak paham bahasa. Kikiki. Tengok google maps pun macam tak betul je. Pusing punya pusing jumpa gak restoran Malaychan tu. Susah nak explain kat mana lokasi dia sebab dia macam kat lorong-lorong. Huh..

Kitorang order nasi goreng, nasi ayam, teh tarik dengan air sirap. Tu pun dah berapa punya mahal daa. Hahaha. Aunty Jepun kat kedai ni boleh cakap Melayu. Hihi. Staff dia pun orang Malaysia.

Zizan Razak pernah makan kat sini
stok-stok dari Malaysia
 

di hujung sekali kedainya

berasnya macam pulut huhu

Total damage:

  1. Malaychan restaurant 3200 yen
  2. Ueno - Asakusa train - 340 yen
  3. Nakamise Market 5250 yen (pinggan x3)
 
Total DAY 5 = 8790 yen



Untuk semua entry mengenai Japan klik sini!


















2 comments :

  1. nnati ida terjah semua link japan.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah setahun tapi tak abes-abes lagi kesah jepun. hahahaha

      Delete