Tuesday, April 30, 2013

Honeymoon ke Seoul, South Korea - Day 3 Part 2 - Itaewon & Trick Eye Museum

Hiyak...hiyak bersambung ke Day 3 Part 2. Selepas ke Everland Resort kitorang bercadang nak ke Itaewon sebab belum makan tengah hari lagi. Itaewon jelah satu-satunya tempat yang senang nak cari makanan halal kat Seoul ni. Kat sini banyak restoran India dan Arab. Nak makan makanan Korea yang halal pun ada kat sini.

Korea Day 1 Part 1
Korea Day 1 Part 2
Korea Day 2 Part 1
Korea Day 2 Part 2
Korea Day 3 Part 1

Destinasi: Itaewon dan Trick Eye Museum


Dari Everland ke Itaewon:

Naik bas 5002 dari Everland ---> stop di Gangnam station (Line 2) menghala ke Sindorim ---> transfer Seoul National University of Education (Line 3) menghala ke Daehwa ---> Yaksu station ---> transfer Itaewon (Line 6) menghala ke Eungam (Exit 3) (40 minit)

Okay sesampainya kitorang kat Itaewon kitorang terus pergi cari kedai yang bernama Murree Muslim Food Restaurant sebab cadangnya nak try makanan Korea kat situ. Apa barang datang Korea makan makanan India atau Arab kan..tu kat Malaysia pun ada.

Keluar je Exit 3 kat Itaewon subway tu kita akan nampak kedai Pasha dekat dengan Starbucks. Kat luar tu ada pak Arab dok memanggil-manggil kita beli aiskrim dia. Mr. husband terpengaruh lalu membeli aiskrim tersebut. Masa dia nak cedok aiskrim tu dia main-main ngan kita. Dia buat macam nak bagi aiskrim tu kat kita tapi dia tarik balik. Lepas tu dia colek-colek aiskrim tu kat mulut la kat pipi la..hahah sebijik macam dalam filem Istanbul Aku Datang.

masa ni kena main ngan pak Arab tu
dia bagi lepas tu dia tarik balik
akhirnya abes gak 'show' dia..barulah dapat aiskrim hihi

Nak ke Murree Restaurant ni kena jalan kaki sikit. Dalam 10 minit macam tu. Lepas lalu kedai Pasha tadi jalan terus. Bila nampak simpang terus belok ke kanan. Lepas tu jalan terus. Jalan ni agak berbukit dan tak larat nak panjat dengan kaki yang dah sedia ada penat..huhu. Kat sebelah kanan ada kedai Salam Bakery lepas tu jalan lagi sampai nampak ada simpang 3. Kat sinpang 3 tu belok kiri dan jalan terus. Naik bukit lagi errkkk. Dari jauh dah nampak dah signboard kedai Murree tu.

see the red signage
dah sampai di Murree
masa untuk mengorder
kitorang order Kimchi Chigae
dan Bibimbap

kedua-dua menu ni didatangi khas dengan side dishes. antaranya seaweed, apetah liat pedas tapi sedap, kimchi dan fish cake
jemput tengok :p

percubaan menggaul bibimbap

Overall makanannya adalah sedap! Saya sangat suka kimchi!! Rasanya pedas-pedas masam. Hihi. Sekali makan pun dah boleh terpikat. Yang liat pedas tu pun sedap. Macam sesuai buat kunyah-kunyah depan tv..hewhewhew. Kalau tak nak makan makanan Korea, makanan Arab dan India pun ada kat sini macam Nasi Beriyani. Ia dihidang secara buffet. 

Okay harga untuk set bibimbap 8,000 won, kimchi chigae set 10,000 won dan  kitorang tambah grape dan apple juice 8,000 won. Kalau tak nak order air pun tak apa sebab dapat air masak free sebotol. Total makan hari ni ialah 26,000 won

Okay sesudah makan ada satu peristiwa tak diingini berlaku. Masa kitorang on the way nak ke subway ada sorang perempuan ni panggil kitorang. Masa tu kat depan restoran Siti Sarah. Ingatkan dia nak tanya apa rupa-rupanya dia nak mintak tolong. Dia nak 10,000 won!! Lepas tu nak mintak kitorang tumpangkan dia kat bilik guesthouse kitorang. Dia kata laki dia tak ada. Dia sorang tak ada duit dan tak ada tempat tidur. Dia dari Incheon dan seorang muslim. Nama apa tak ingat. Kitorang kata mana boleh tumpang bilik kitorang. Dah ke gila ke apa nak tidur sekali ngan laki aku. Dia keep on merayu-rayu. Lepas tu tanya esok datang Itaewon lagi tak? Kitorang cakap tak sebab pagi-pagi esok dah nak balik Malaysia. Padahal tipu je..huhu. Then, ada orang lalu dan jerit kat kitorang "Crazy woman! Crazy Woman". Kitorang tak tau dah cam mana nak lepaskan diri sebab dia asek merayu-rayu aje. Dah tak tahan sangat kitorang bagi 10,000 won tu kat dia dan terus blah. Phewww~~~~ tak memasal! Ada gak jumpa orang jenis gitu..puhh

Lepas dah dapat boloskan diri dari perempuan tak betul tu kitorang terus berlari-lari ke subway sebab dah lambat nak ke Trick Eye Museum kat Hongdae takut tutup pulak nanti. Kacau betul abes timing lari dok melayan dia huhu. Sakit-sakit kaki pun boleh lagi teruskan perjalanan ke Hongdae..wuuuuu

Dari Itaewon ke Trick Eye Museum:

Itaewon station (Line 6) menghala ke Eungam ---> transfer Hapjeong (Line 2) ---> Hongik University menghala ke Seongsu (Exit 9)

Keluar dari subway jalan terus sampai nampak simpang (traffic light) dalam 300 meter lepas tu belok kiri. Jalan sikit je dan terus lintas jalan. Seberang jalan tu ada Tony Moly dan Holika Holika. Lalu di antara dua buah kedai tu. Jalan terus lagi dalam 150 meter dah boleh nampak Trick Eye Museum sebelah kanan.Trick Eye Museum ni dalam bangunan tingkat bawah. Kena turun tangga untuk masuk ke entrancenya. Waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Tiket pulak agak mahal iaitu 13,000 won seorang. Kitorang ada sewa locker kat situ sebab malas nak bawak beg. Harga untuk locker 500 won.

Okay, kat Trick Eye Museum ni ada banyak lukisan yang boleh trick mata kita. Nampak macam real la. Nak tengok macam mana? Jom layan gambar kat bawah ni sampai lebam. Sambil-sambil tu kunyahlah popcorn ke twisties ke.

 









aiyoyoyo bini sapa la ni



banyak lagi gambar yang censored tapi tak boleh dipertontonkan di sini. Umum Umum huhu



tinggi sangat tak fit hihihih

realitinya tak pernah shopping sampai cam ni..huhu


kalau lah betul..woo best ni

buang-buang duit

poyo

tangan yang bengkok akibat jatuh basikal masa kecik...hihi



adei..dia buat lagi perangai tak senonoh

ini pun sama!


i besar u kecik

Kitorang kat sini dalam sejam je lepas tu balik sebab dah terlalu penat bergambar dan tapak kaki pulak rasa macam nak tercabut dah. Nak pegi ke Hello Kitty Cafe pun macam dah tak larat sangat. Sapa ada petua macam mana tak nak tapak kaki sakit eaa?? Spoil mood nak berjalan betul.

Masa sampai kat underground shopping Myeongdong subway kitorang singgah beli Deli Manjoo sebab tengok banyak orang makan benda alah tu. Bentuk dan rasa ala-ala kaya ball tapi fillingnya kastad jagung. For me kaya ball kita lagi sedap kot nak compare dengan Deli Manjoo tu.

3,000 won berapa pieces tah lupa pulak.

Balik guesthouse terus mandi dan kebaboom atas tilam sebab dah penat sangat. Esok nak berjalan jauh lagi. Huh. Bersambung di Day 4 part 1.


Perbelanjaan hari ketiga:

1.Tiket Everland: 20,000x2 = 40,000 won
2.Souvenir Everland: 20,000 won
3.Makan di Murree: 26,000 won
4. Derma: 10,000 won
5. Tiket Trick Eye Museum: 13,000 x2 - 26,000 won
6. Locker: 500 won
7. Deli Manjoo: 3,000 won

Total perbelanjaan hari ketiga: 125,500 won






p/s: semakin banyak info yang dah lupa. kena update laju-laju nampak gayanya.

No comments :

Post a Comment