Tuesday, May 21, 2013

Souvenir yang dibeli di Korea


Okay seperti yang dijanjikan Yuslin dah bersetuju nak buat satu entry khas untuk souvenir dari Korea. Tapi memandangkan entry ini lama diperam didalam lubuk jiwa, maka sebahagian daripada souvenir yang ada sudah selamat dipindahmilik kepada tuan baru. Yang sempat snap pic ni pun yang mana ada je lah.

Lagi satu harga-harga souvenir ni pun dah agak lupa sikit-sikit. Ada certain je yang ingat yang lain tu kita agak-agak jelah k. Inilah padahnya kalau tak update dengan segera. Semua info surah hiranggg! Kalau salah tolong betulkan ya :D

Yang ni bookmark dan ballpen beli kat Namdaemun Market. Harga sepapan tu 10,000 won. 4 pieces sepapan. Pattern Hanbok yang cantik-cantik

Ni fridge magnet. Ada 2 version. Satu jenis seramik satu lagi jenis rubber. 10,000 won sepapan. Beli di Namdaemun Market. Yang seramik tu sangat cantik. I love the color!

Keychain N Seoul Tower tak berapa ingat harga rasanya dalam 16,000 won kot. Yang sebelah tu fridge magnet N Seoul Tower 1,000 won ada 3 pieces tapi lagi 2 dah bagi orang. Sangat murah boleh borong banyak-banyak. Beli di N Seoul Tower souvenir shop

Uncang saiz S. Kalau tak silap sekeping (betul ke pakai keping ke helai? hiks) 1,500 won. Ada 5 kaler kot. Saya beli 15 pieces ahjumma tu bagi 22,000 won. Diskaun 500 won je kot hukkk. Ada macam-macam saiz dari kecik ni sampai ke bapak besar. Beli di Insadong.

Nail clipper sepapan 10,000 won ada 8 pieces. Beli di Insadong.

Nail clipper jugak tapi tak berapa berkenan dengan corak dia. Yang ni ahjumma tu bagi free masa borong souvenir kat Namdaemun Market. Yang kita tak suka lak dia bagi free..erkk. Tapi alhamdulillahla nak jugak dia bagi kan.

Keychain 10,000 won sepapan ada 4 pieces tapi dah agih-agihkan pada orang. Beli di Namdaemun Market

Fridge magnet Nami Island snowman 5,000 won sekeping. Yang bahagian bawah jenis rubber 5,000 won untuk 3 pieces. Beli kat Nami Island souvenir shop.

Fridge magnet Everland bentuk tiger 5,000 won seekor. Beli di Everland. Fridge magnet kat Everland tak banyak pilihan

Fridge magnet jenis rubber 2,500 won sekeping. Beli kat Namdaemun Market.

T-shirt yang sebelah kanan Korean Mask tu berharga 15,000 won dan kain lebih berkualiti. Yang lagi dua hitam dan putih tu 2 helai 9,000 won dan agak nipis. Beli kat Insadong. Agak mahal kalau nak compare dengan Namdaemun Market.

Baju Hard Rock Cafe Seoul beli di street kat Itaewon. Kalau tak silap 15,000 won sehelai. Lain design lain harga. Yang atas ni design yang mahal. Kalau design cikai-cikai tu murah sikit. Rasanya Hard Rock Cafe Seoul dah tutup terpaksa beli yang ciplak :'(
T-shirt Bigbang 10,000 won beli di Namdaemun. Kualiti gambar tak cantik sebab cilok dari FB adik..hihi

Keychain Bigbang 5,000 won beli di Insadong. Gambar cilok jugak

Kain untuk buat Hanbok beli kat Dongdaemun Shopping Complex. Tak silap 8,000 won kot per yard (1 meter). So, 4 meter = 32,000 won. Nak buat baju raya. Heheheeh

Pouch yang belah atas tu 12,000 won beli kat Insadong dan yang bawah rasanya 10,000 won beli kat Namdaemun Market
 
Kasut dah kotor..hehehe beli kat Myeongdong kedai ABC Mart 59,000 won

Mafla 15,000 won. Stokin 2,000 won dan mitten 5,000 won. beli kat Myeongdong dan Namdaemun

Replika Song-Gang Jeong beli di Nami Island 16,000 won

Apabila siap dipasang
Laneige Water Sleeping Pack 25,000 won. Eye cream tak ingat berapa 40,000 won kot dan yang kecik-kecik comel tu dapat free. Yang sebelah pulak Hand Lotion nature Republic 6,000 won tapi dapat diskaun jadi 4,200 won. Facial Mask dapat free dari Nature Republic. Beli di Myeongdong
Kimchi sepaket 4,500 won kalau tak silap. Beli di GS25 Mart berdekatan dengan Namsan 2 Guesthouse

Ni pun nak masuk jugak...heheh fridge magnet Air Asia 6 ketul RM29 beli atas flight


*Tiada dalam gambar: Backpack 10,000 won




Sekian sahaja entry untuk souvenir. Entry tamat secara mendadak. Weeeee.






p/s: memikirkan next destination..erkkk








Monday, May 20, 2013

Honeymoon ke Seoul, South Korea - Day 5 Part 2 - Dongdaemun & Namdaemun + Last Day

Akhirnya..yeahh akhirnya sampai jugak ke last entry yabedabedu..Penat ahkak marathon entry Korea ni. Mahap kepada yang menunggu sebab lambat bebenor nak update. Maklumlah busy woman..ceh busylah sangat.
Destinasi: Dongdaemun & Namdaemun Market

Dari Gyeongbokgung Palace ke Dongdaemun:

Gyeongbokgung Station (Line 3) menghala ke Ogeum ---> Transfer Jogno-3-sam-ga (Line 1) ---> Dongdaemun Station menghala ke Cheongnyangni (Exit 7)

Day 5 part 2 kitorang hanya menghabiskan masa bershopping. Hari ni destinasi kita ke Dongdaemun dan Namdaemun Market. Saja je letak tempat shopping ni last-last day sebab senang nak menghabiskan won yang ada. Bijak tak bijak tak?

Selepas ke Gyeongbokgung Palace kitorang gerak ke Dongdaemun dulu sebab nak lunch ikan bakar kat sana. Masa sampai di Dongdaemun Station kitorang jadi blur tak nampak mana dia Dongdaemun Shopping Complex tu..huhu. Maybe sebab hujan kot pemandangan pun jadi kaburrr..Yelah sangat hujan padahal sesat!

Okay-okay kita nampak JW Marriot hotel dan bertentangan dengan tu ada Cheongyecheon Stream dan Pyonghwa Clothing Market. Kat tepi tu jelah Dongdaemun Shopping Complex rupanya. Adehh. Lepas tu jalan je terus sepanjang Cheongyecheon Stream tu dan belok kanan. Jalan sikit belok kiri dan nampak deret kedai jual ikan bakar kat satu lorong. Kat situ semua kedai jual ikan bakar. Confirm akan jumpa punya.

kedai yang menjadi pilihan
sedap!!!
inilah menu kami hari ni

spanish mackerel..sedap!

tak ingat nama apa..pun sedap!

hujan-hujan ni lapar
Sangat nikmat dapat makan nasi panas dengan ikan bakar time hujan..perghhh. Total makan hari tu berapa ek lupa lagi..hahahaha 16,000 won kot. Anggaran jelah ni yang pasti tak sampai 20,000 won pun. Lepas dah kenyang kitorang  terus ke bangunan sebelah iaitu Dongdaemun Shopping Complex.

Kat Dongdaemun Shopping Complex ni ada banyak tingkat. Tingkat bawah jual bed sheet, comforter etc. Tingkat seterusnya ada kain ela, hanbok, aksesori macam lace dan sebagainya yang membuatkan Yuslin naik hantu macam nak borong semua. Kan best kalau kat J.B ada kedai macam ni. Memang mak borong sakan!

cantik!!!

berkenan dengan yang ni..korean silk. bedsheet & comforter untuk letak atas lantai..harga 190,000 won ke atas kalau tak silap

yang ni pun cantik bunga timbul..kalau senang nak bawak naik flight dah lama dah I olls rembat!

kain untuk hanbok pun cantik-cantik. Sempat la beli  4 meter. Berapa eh semeter? Aduhh serius lupa 8,000 won kot

kain corak macam ni lah lebih kurang. pic credit to FidaJacob

Sesudah membeli belah di Dongdaemun kitorang teruskan perjalanan ke Namdaemun Market. Ooo ya..dekat dengan Dongdaemun ni pun ada shopping complex yang bernama Doota tapi kitorang tak pergi pun. Sebab dah lambat nak ke Namdaemun.

Sesampai di Namdaemun Market kitorang try cari tempat yang jual brooch. Jumpa! Nama bangunannya E-Lengdang (Jewel Park Accecories). Malangnya..ye sekali lagi malang tak berbau tempat tu baru je tutup. What! Sakit pulak hati kita. Tak tau yang hari Sabtu bukak separuh hari je sampai pukul 2. Arghhhh tension. Sorry mama tak dapat belikan brooch..uwaakkk :'(. So, kepada sapa-sapa yang nak datang beli brooch kat sini sila datang pada hari weekdays dan sabtu setengah hari je tau. Ahad tutup!. Ingat tu...jangan jadi macam kitorang..huk. Sedey


kat sinilah bangunan yang jual brooch tu

kat atas bangunan yang jual brooch tu ada tempat jual fresh flower. tempat ni bukak pulak..adehhh
Di sebabkan plan beli brooch cancel kitorang teruskan berjalan di sepanjang kedai-kedai di Namdaemun tu. Nak habiskan won yang ada dengan membeli souvenir untuk family dan kawan-kawan. Saja topup mana-mana yang belum beli. Kat sini kitorang beli magnet, pouch, t-shirt bigbang untuk adik, dengan nail clipper. 

Hujan masih renyai-renyai, badan pun dah jadi sejuk. Kita perlu panaskan badan, So, kitorang singgah kejap kat kedai coffee untuk menikmati hot chocolate..yum yum super hot. Harga secawan hot chocolate 3,500 won.

lepak sini kejap
Dah settle semua kitorang balik ke guesthouse dan rehatkan badan Hujan-hujan ni kan sedap tidur..hihi. Petang tu masa kemas-kemas barang dan susun-susun souvenir tengok ada lagi souvenir yang tak cukup. Huuu kitorang menapak ke Namdaemun Market lagi sekali. Masa ni kedai-kedai pun banyak dah nak tutup. Kitorang beli magnet dengan nail clipper kot kalau tak silap. Lepas tu terus ke Itaewon untuk dinner. Yes..kali ketiga ke Itaewon dan makan di kedai yang sama. Hehehehe.

Nak cerita ni..setiap kali kitorang ke Itaewon mesti ada benda-benda pelik berlaku. Kalau hari tu ada ahjumma mintak duit kali ni kes lain pulak. Masa kat dalam train menuju ke Itaewon kitorang kena berdiri sebab seat penuh. Sampai kat satu station ada sorang ahjussi masuk. Dia terus menuju kat seorang perempuan yang berdiri berhampiran kitorang. Dia bercakap-cakap dengan perempuan tu. Perempuan tu diam je buat tak tau. Kitorang assume perempuan tu kawan, family atau saudara dia lah kan. Tapi lepas perempuan tu keluar tiba-tiba ahjussi tu datang kat kitorang pulak. Dia bercakap-cakap dan membebel sepatah haram pun tak paham. Lepas tu kitorang cakap "Sorry, we don't speak Korean. English please". Tapi dia terus jugak bercakap dalam bahasa dia. Semua orang keliling tengok. Aduhh malu giler kot rasa macam tak sabar nak keluar. Sampai je kat Itaewon station kitorang terus blahh cepat-cepat. Bila toleh belakang tengok ahjussi tu sambung borak dengan perempuan lain lak. Kah kah kah. Ramai betul mangsa dia dalam train tu. Lawak betul. Orang gila ke apa ntah la pakai smart je. Heeeee..Itu macam pun ada. Erkkk.

menu

arini makan bulgogi ddukbaegi

ni chicken apa tah 16,000 won kot
tanpa flash
telur apa lupa nama



saja terai bubuh dalam daun..hihihi

Hari ni makan total 38,000 won.Tak amik jus pulak just minum plain water. Masa on the way balik nak ke subway Itaewon tu kitorang singgah kejap kat Salam bakery. Saja beli honey nuts nak rasa. Sedap jugak boleh tahan. Me like it! Sekotak 6,000 won agaknya. See lupa lagi. Apalah nak jadi hermm. Kertas itinerary pulak hilang semua detail dalam tu..adess :'(. Then, masa nak on the way ke subway Itaewon tu kitorang singgah jap kat gerai tepi jalan yang jual baju Hard Rock Cafe Seoul. Beli yang ciplak punya sebab Hard Rock Cafe Seoul tu dah tutup rasanya.

honey nuts

Malam tu kitorang sempat lagi singgah ke Myeongdong kejap sebab nak beli sleeping pack dengan eye cream LANEIGE. Lepas tu singgah Nature Republic beli hand lotion. Ada promotion sebab dah nak dekat pukul 10. Saja nak menghabiskan duit..heheheh. Lepas tu singgah 7E beli kimchi 2 paket sebab kakak ipar kirim.

Sampai di guesthouse kitorang just kemas-kemas dan sumbat souvenir dalam beg. Then, tidur awal sebab esok nak kena bangun pukul 5.30 pagi. Flight kitorang pukul 9.35 pagi.

Pulang ke Malaysia

Pagi-pagi buta lepas check out kitorang try la timbang beg kat penimbang yang ada kat lobi guesthouse tu sekali dah overweight ke 22 kg. Aduhhh macam mana ni beli beg 20 kg je. Husband kata biar jelah kita bayar jelah excess baggage nanti sebab malas dah nak punggah-punggah barang dalam tu. Sebagai pengajaran setiap kali balik kena beli extra baggage. Dah masuk mak nenek souvenir mestilah berat bertambah..huh!

Kali ni kitorang ke airport naik subway. Pukul 6 pagi dah tercongok dalam subway Myeongdong. Tak ada orang lagi. Lepas tu terus ke Seoul Station. Haaa masa kat Seoul station ni la yang melilau sikit. Pening kepala nak cari signboard menghala ke Incheon Airport railroad. Cari punya cari jumpa jugak at last. Kat Seoul station ni macam besar dan complicated sikit. Lepas tu kitorang terus naik train ke Incheon sebab takut lambat. Tapi kitorang salah naik train la pulak. Sepatutnya naik train ke Incheon International Airport tapi kitorang naik train ke Geomam. Please be alert tau. Kalau train ke Geomam dia tak sampai ke Incheon Airport.

Menyedari akan kesalahan itu kitorang pun terus tukar train di Gongdeok. Train yang kat belakang kitorang ni baru betul ke Incheon International Airport. Sekali tengok ada jugak orang yang salah train. Semua pakat turun dan tukar train kat Gongdeok. Ingat kitorang je yang salah..hahahaha. Perjalanan dekat sejam jugaklah. Kalau nak cepat naik express train yang macam ERL tu tapi harga mahal sikitlah. Sepanjang perjalanan tu sempatlah jugak tertidur.

Sampai kat airport lebih kurang pukul 8.30 pagi. Ada lagi sejam untuk flight berlepas. Tak sempat kitorang nak refund balik duit dalam T-Money, sebab tak jumpa mesin untuk refund. So, burn macam tu je lah. Kitorang terus ke kaunter Air Asia untuk check-in dan drop baggage. Seperti yang dijangkakan baggage excess limit huwaakkk dan kena bayar 140,000 won kot rasanya. Mahallll...buat rugi je..kalau duit tu buat shopping lagi bagus..cis! Lepas tu beratur ke immigration. Siap check up semua kitorang terus naik train untuk ke gate. Haiiii jauh betul nak boleh sampai ke gate 107. Memang besar betul airport ni. Sampai-sampai terus masuk perut kapal.

Incheon International Airport
nak balik dah :'(
9.35 pagi hari ahad 7 April 2013 kitorang pun selamat berlepas pulang ke Malaysia dan sampai dalam pukul 3.30 petang waktu Malaysia. Rasa macam nak pergi Korea lagi..tak puas. Mungkin next time pergi Jeju Island pulak? Hikhik. Masa dalam flight macam biasalah makan Nasi Lemak Pak Nasser lepas tu masa nak landing tu boleh pulak dua-dua telinga ni jadi pekak. Serius sakit macam nak menangis rasa. Masa pergi okay je. Masa balik pulak dia buat hal. 2-3 hari la jugak telinga ni jadi pekak sementara. Lepas tu batuk-batuk. Cuaca sejuk sangat kot. Ermmm...

bye-bye Korea jumpa lagi next time!

Perbelanjaan hari kelima dan last day:

1. Tiket Gyeongbokgung Palace: 3,000 x2 = 6,000 won
2. Lunch ikan bakar: 16,000 won
3. Kain ela: 32,000 won
4. Souvenir: 70,000 won (anggaran)
5. Hot chocolate: 3,500 x2 = 7,000 won
6. Dinner: 38,000 won
7. Honey nuts: 6,000 won (anggaran)
8. T-shirt Hard Rock (3 helai) : 40,000 won
9. Laneige sleeping pack & eye cream: 65,000 won (anggaran)
10. Hand lotion : 4,200 won
11. Kimchi: 4,500 x2 = 9,000 won
12: Excess baggage: 50,000 won (anggaran)


*hari terakhir ni semua main anggaran je sebab banyak dah lupa..kekekeke.


Total perbelanjaan hari kelima dan last day = 267,200 won





JUMLAH KESELURUHAN = 1, 564,900* won



Dan kitorang ada balance lagi 100,000 won hehehe.






p/s: seriously negara Korea memang sangat best untuk dilawati. mesti kena repeat ni!!









Honeymoon ke Seoul, South Korea - Day 5 Part 1 - Gyeongbokgung Palace

Dah sampai kita ke Day 5 ini bermakna tak lama lagi entri travelog Korea akan berakhir. Yahuuu. Hari ke 5 ni adalah hari terakhir untuk berjimba di Korea sebab esoknya pagi-pagi dah nak balik Malaysia..uhukkk. Sedih pulak. Rindu Korea!
Destinasi: Gyeongbokgung Palace

Pagi-pagi bangun tengok kat luar hujan. Ahhh sudah macam mana ni nak pergi jalan-jalan kalau hujan. Tapi disebabkan tak nak membazir masa kitorang redah je hujan pun hujanlah. Tak kan nak duduk kat bilik je kan. Lagi pun hujan tak lebat. Kitorang tak beli payung pun. Kononnya kebal.

Dari Myeongdong ke Gyeongbokgung Palace:

Myeongdong Station (Line 4) menghala ke Danggogae ---> transfer Chungmuro Station (Line 3) menghala ke Daehwa---> Gyongbokgung Station (Exit 5)
Senibina Gyeongbokgung Station ni sangat unik lain dari station yang lain. Rupa bentuk dia macam palace jugak. Sangat teruja okay lupa pulak nak snap pic dan exitnya juga agak jauh..haiii lah pagi-pagi dah eksesais kaki. Masa dah sampai di Gyeongbokgung Palace hujan masih turun. Tapi kitorang ni degil tak mau beli payung. Sudahnya jalan jelah dalam hujan. Kalau lebat baru beli payung. Nasiblah tak lebat. Jimat duit tak payah beli payung *dasar kedekut*.

Tiket masuk Gyeongbokgung Palace 3,000 won seorang dan ditutup pada hari Selasa. Palace ni sangat luas dan tak larat nak jalan ke semua tempat. Kita pergi mana yang dan je la ya.

semua orang berpayung except us..wakakkaa

hujan renyai-renyai



tiket 3,000 won yooo


ooo mak aii sejuknya...







bunga-bunga baru nak berputik

salah timing lahaiii

apa-apa pun posing tetap posing

biar pokok togel sekali pun

asal ada

heheheh








nampak tak hujan?

so, gambar pun kurang cantik

yang ni nampak merimbun

geram je tengok

jauh betul berdiri dengan pak guard..takut kena pedang..hihihi

adik beradik susu bertemu di Korea

tak berketik..patung ke apa?
pemandangan di hadapan palace yang terletak di tengah-tengah bandar


Sesudah puas berada di Gyeongbokgung Palace kitorang cecepat ke destinasi seterusnya. Nak cari souvenir lagi. Nak kena cepat-cepat takut tak sempat beli pulak kan. Kitorang malas nak tunggu changing guard ceremony tu. Ntah pukul berapa ntah. Bersambung di entri Day 5 part 2 ..tungguuuu....







p/s: erkk boleh muntah hijau siapkan entry Korea ni